Tuesday, 29 December 2015

Akhirnya Rendang DRF(Dendeng Rukiah Famili) Sampai Ke Singapore

Alhamdulillah atas rezeki kurniaan Allah bertemu Kami dengan keluarga Huzaimah yang kebetulan me lancong ke Melaka Bandar Bersejarah,Selamat datang buat mereka sekeluarga.Ketika kami sibuk seperti biasa melayan pelanggan tetap,Puan Huzaimah telah menyapa kami dan terus beliau merasai sendiri keunikan rasa Rendang DRF(Dendeng Rukiah Famili) kami.

Setelah merasai Rendang DRF(Dendeng Rukiah Famili),mereka sekeluarga telah order beberapa set Rendang DRF bersama Ketupat Mini lagi untuk hidangan malam pada hari pertama mereka di Melaka.

Akhirnya mereka sekeluarga telah jatuh hati pada rasa keunikan masakan Tradisional Dan makanan Tradisional Melaka.Pada hari-hari Akhirnya di sini mereka membuat keputusan untuk buat tempahan lebih Dari 20 set Rendang DRF 100gram Dan beberapa set lagi bersama ketupat mini,Terima kasih buat beliau sekeluarga kerana menjadikan Rendang DRF Dari resepi keluarga kami sebagai makanan yang wajib ketika di Melaka yang perlu dirasai serta di bawa pulang sebagai buah tangan untuk keluarga di Singapore.


                         


Insyallah Sampai berjumpa lagi.Ada rezeki insyallah Crew Rendang DRF Akan ke sana,Amin.

Saturday, 5 December 2015

Orang Terengganu Pelangan Tetap Rendang DRF

  Pelangan Tetap kami dari Terengganu,asal berjalan ke melaka mesti buat tempahan awal sebelum sampai negeri bersejarah ini.Kami sebagai penyambung makanan tradisional(Rendang Dendeng Rukiah Famili)ini terasa sangat bertuah untuk terus memperkenalkan Rendang DRF ini kepada semua.

Pada awal beliau ke Melaka dengan rezeki kurniaan Allah bertemu kami dengan beliau sekeluarga yang ingin cuba keunikkan rasa Rendang Dendeng Rukiah Famili bersama ketupat serta terus membeli 2 set Ketupat + Rendang DRF. 

                             


 Kunjungan beliau sekeluarga 5 Dicember 2015 kali ke-2 tempahan sebanyak 30 set Ketupat makan bersama Rendang Dendeng Rukiah Famili(DRF) dan sebanyak 10 bekas berisi lebih kurang 100gram Rendang DRF untuk kali ini.

Pada keesokkan harinya 6 Dicember 2015 beliau sekali lagi menempah sebanyak 10 bekas 100gram untuk di bawah pulang ke Kuala Lumpur serta ke Terengganu.



KETUPAT BERSAMA RENDANG DENDENG RUKIAH FAMILI set hidangan nostalgia.

RENDANG DENDENG 100gram telah di bungkus untuk tempahan

Kami crew Rendang Dendeng Rukiah Famili(DRF) bertumpu lumus menyiapkan tempahan ini dan menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke tempat pengidapan beliau semasa berada di Melaka.

Terima kasih buat beliau sekeluarga,selamat menjamu selera serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah di mana jua berada.Amin

Wednesday, 25 November 2015

Sejarah Rendang Dendeng Rukiah Famili

Resepi Rendang Dendeng Rukiah Famili(DRF)dari keluarga kami asalnya datang dari resepi ayahanda,yang mana telah merantau bertahun-tahun seluruh Malaysia dan mendapat resepi ini dari seorang sahabatnya yang tinggal di Johor.Ketika akhir perkhidmatannya bersama Askar melayu beliau telah membuat Rendang Dendeng ini serta menambahkan beberapa ramuan lagi untuk menghasilkan keunikkan rasa dalam rasa.Setiap Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya aidiladha pada tahun awal 90an serta mendapat kunjungan orang kampung merasa sendiri keunikkan rasa Rendang Dendeng ini.Akhirnya telah menjadi masakan wajib setiap Hari Raya.Tertamu akan bertandang ke rumah kami untuk menikmati hidangan Rendang Dendeng bersama nasi putih,roti,bihun dan sebagainya yang sesuai.-Crew Online Rendang DRF-#rendangdrf